1. Penganjur
Cabutan ini dianjurkan oleh Ar-Rizqi (No. Pendaftaran Perniagaan 026197769-P), dipanggil "Penganjur" dalam terma ini.
2. Tempoh dan tarikh cabutan
Kempen berjalan dari 7 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026. Ada 3 cabutan, satu untuk setiap bulan:
| Bulan | Order dibuat | Tarikh cabutan |
|---|---|---|
| Oktober 2026 | 7 hingga 31 Oktober 2026 | 10 November 2026 |
| November 2026 | 1 hingga 30 November 2026 | 10 Disember 2026 |
| Disember 2026 | 1 hingga 31 Disember 2026 | 10 Januari 2027 |
Setiap order hanya layak untuk cabutan bulan order itu dibuat. Order yang tidak menang tidak dibawa ke bulan seterusnya.
3. Siapa yang layak
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Membeli Set Pulih (4 Regulax + 2 Minyak) atau Set Sembuh (6 Regulax + 3 Minyak) melalui laman rasmi regulax.com.my, arrizqi.shop atau ar-rizqi.com.my (termasuk Repeat Order) dalam tempoh kempen.
- Pembelian melalui Shopee, TikTok Shop, ejen atau stokis tidak termasuk dalam cabutan ini.
- Pekerja Penganjur, ejen, dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak menyertai.
4. Bilangan penyertaan
Tiada borang untuk diisi. Setiap order yang layak dimasukkan ke dalam cabutan secara automatik:
| Pakej | Penyertaan |
|---|---|
| Set Pulih (4 Regulax + 2 Minyak) | 1 penyertaan |
| Set Sembuh (6 Regulax + 3 Minyak) | 2 penyertaan |
Beli lebih dari sekali dalam bulan yang sama, setiap order dikira berasingan.
Harga pakej tidak dinaikkan untuk kempen ini. Tiada bayaran tambahan untuk menyertai cabutan.
5. Order mesti diterima dan dibayar
- Untuk COD, parcel mesti telah diterima dan dibayar. Untuk bayaran online, bayaran mesti telah berjaya.
- Order yang dibatalkan, ditolak semasa penghantaran, atau dipulangkan tidak layak.
- Jika order pemenang didapati dibatalkan atau dipulangkan selepas cabutan, hadiah dibatalkan dan cabutan semula akan dibuat.
6. Cara cabutan dibuat
- Pemenang dipilih secara rawak menggunakan komputer daripada semua penyertaan yang layak bagi bulan tersebut.
- Cabutan disiarkan secara live di media sosial rasmi Ar-Rizqi dan rakamannya disimpan.
- Setiap pembeli hanya boleh menang satu hadiah bagi setiap cabutan. Jika nama yang sama keluar lagi, cabutan diulang untuk hadiah itu.
- Keputusan Penganjur adalah muktamad.
7. Hadiah dan cara tuntut
- Setiap bulan: hadiah pertama RM500, kedua RM300, ketiga RM200. Jumlah RM1,000 sebulan.
- Pemenang akan dihubungi melalui panggilan atau WhatsApp ke nombor telefon dalam order, dalam masa 3 hari bekerja selepas cabutan.
- Pemenang perlu membalas dalam masa 14 hari. Jika tiada balasan, hadiah dibatalkan dan cabutan semula akan dibuat.
- Hadiah dibayar melalui pindahan bank ke akaun atas nama pemenang dalam masa 14 hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima. Nama akaun mesti sama dengan nama dalam order.
- Hadiah tidak boleh ditukar kepada barang atau dipindahkan kepada orang lain.
8. Pengumuman pemenang dan privasi
- Pemenang diumumkan di ar-rizqi.com.my/pemenang dan media sosial rasmi Ar-Rizqi.
- Yang dipaparkan hanya nama separuh, negeri, dan 4 digit akhir nombor telefon. Contoh: Siti N***, Kedah, 01x-xxx 4567.
- Dengan menerima hadiah, pemenang bersetuju maklumat di atas diumumkan. Data peribadi lain tidak akan didedahkan.
9. Lain-lain
- Penganjur berhak meminda terma ini atau menamatkan kempen lebih awal dengan notis di halaman ini.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang didapati menipu atau menyalahgunakan sistem order.
- Ada soalan? Hubungi kami melalui butang sembang di ar-rizqi.com.my.
