Tarikh kemas kini terakhir: 12 November 2025
Kami di Ar-Rizqi komited untuk memastikan setiap pelanggan menerima produk dalam keadaan sempurna. Sekiranya berlaku sebarang isu, kami akan membantu menyelesaikannya dengan segera dan adil.
1. Polisi Pemulangan
Pemulangan hanya diterima sekiranya:
- Produk yang diterima rosak, bocor, atau tersilap penghantaran.
- Aduan dibuat dalam tempoh 3 hari selepas tarikh penerimaan.
Untuk proses pemulangan:
- Sertakan gambar produk (termasuk bungkusan dan label penghantaran).
- Hantar maklumat lengkap ke WhatsApp rasmi kami di 011-xxxx xxxx atau e-mel ke support@ar-rizqi.com.my.
2. Kaedah Penyelesaian
Selepas semakan dibuat, pihak kami akan:
- Menggantikan produk baharu tanpa sebarang caj tambahan, atau
- Memulangkan semula bayaran ke akaun pelanggan dalam tempoh 3–7 hari bekerja.
Produk yang telah dibuka, digunakan, atau tidak dalam keadaan asal tidak layak untuk pemulangan.