Pusat Sokongan
Nak semak parcel, ada soalan, atau barang sampai tak elok? Semua boleh settle kat sini.
Mana parcel saya?
Masukkan nombor telefon yang digunakan masa beli, dengan nombor pesanan. Nombor pesanan ada dalam WhatsApp atau SMS pengesahan yang kami hantar.
Tak jumpa nombor pesanan? , team kami tolong carikan.
Status pesanan dan nombor tracking Ninja Van akan keluar di sini.
Beli di Shopee atau TikTok Shop? Semak terus dalam app tersebut.
Ada soalan? Tanya je.
Chat paling cepat. Kalau nak hantar gambar atau dokumen, e-mel pun boleh.
Sembang dengan Khidmat Pelanggan
Tanya pasal produk, cara guna atau status pesanan. Bot kami jawab terus, 24 jam.
E-mel
Untuk aduan bergambar atau urusan rasmi. Sertakan nombor pesanan supaya kami boleh semak cepat.
hq.arrizqi@gmail.comParcel rosak, bocor atau tersilap?
Minta maaf atas kesulitan. Lapor dalam 3 hari lepas terima parcel, kami ganti yang baru atau pulangkan duit.
-
Ambil gambar dulu
Gambar produk, kotak dan label penghantaran sekali. Jangan buang kotak sampai kes selesai.
-
Hantar kepada kami
E-mel gambar tu ke hq.arrizqi@gmail.com dengan nombor pesanan. Nak tanya dulu? Chat pun boleh.
-
Kami semak dan selesaikan
Lepas semakan, kami hantar produk baru tanpa caj, atau pulangkan bayaran dalam 3-7 hari bekerja.
Produk yang dah dibuka, diguna, atau tak dalam keadaan asal tak layak dipulangkan. Baca Polisi Pemulangan penuh.
Penghantaran & bayaran
Soalan yang paling kerap masuk. Butiran penuh dalam Polisi Penghantaran.
Berapa lama parcel sampai?
Kami proses pesanan dalam 1-2 hari bekerja lepas bayaran disahkan. Lepas tu Semenanjung ambil 1-3 hari bekerja, Sabah dan Sarawak 3-5 hari bekerja. Order hujung minggu atau cuti umum diproses hari bekerja berikutnya. Musim perayaan kadang lambat sikit.
Mana nak dapat nombor tracking?
Kami hantar melalui SMS atau WhatsApp bila parcel dah diserahkan kepada Ninja Van. Boleh juga semak sendiri di bahagian Semak Pesanan atas sekali.
Boleh bayar bila barang sampai (COD)?
Boleh. Sediakan duit tunai cukup-cukup bila rider sampai, sebab rider tak semestinya ada duit kecil. Kalau nak bayar online, pilih FPX atau kad masa checkout.
Nak tukar alamat atau nombor telefon?
Bagitahu kami dalam chat secepat mungkin. Selagi parcel belum diserahkan kepada kurier, kami boleh ubah. Kalau dah dalam perjalanan, biasanya dah tak boleh tukar.
Rider datang masa saya tiada di rumah?
Ninja Van selalunya cuba hantar semula. Kalau parcel gagal dihantar sebab alamat tak lengkap atau tiada orang terima, caj hantar semula ditanggung pembeli. Semak status di atas, dan kalau keluar "rider tak dapat hantar", terus chat dengan kami.
Ada kos penghantaran?
Kos pos (kalau ada) tertera di halaman tempahan sebelum bayar, jadi tak ada caj tersembunyi.
-
01Ambil Regulax
2 kapsul, 2 kali sehari, sebelum makan. Minum air banyak-banyak supaya pembuangan lancar.
-
02Sapu Minyak Ar-Rizqi
Sapu minyak pada kawasan terjejas lepas mandi atau bersihkan diri, untuk legakan pedih, gatal dan bengkak.
-
03Kekal konsisten
Banyakkan minum air, makan berserat dan kekalkan rutin. Ikhtiar yang berterusan beri hasil yang lebih baik.
Hati-hati dengan produk fake di pasaran.
Minyak dengan penutup silver yang dijual di Shopee dan platform lain adalah tiruan, dan keselamatannya tak terjamin. Produk asli ada penutup putih dan dijual di saluran rasmi kami sahaja.

Jumpa produk mencurigakan? .
